IQNA

Kali kelima

Pertandingan Qariah Antarabangsa Dibuka di Dubai

6:51 - November 17, 2021
Berita ID: 3100420
TEHRAN (IQNA) - Pertandingan Quran Suci peringkat Wanita Antarabangsa Dubai, Anugerah "Sheikhah Fatimah Bint Mubarak" akan bermula pada hari Sabtu, 20 November dan akan berlangsung sehingga 27 Disember.

Laporan IQNA, memetik al-Khaleej ; Ibrahim Bomalhah, Penasihat kerajaan dalam budaya dan hal ehwal kemanusiaan Dubai berkata mengenai mengadakan pertandingan antarabangsa ini: "Pertandingan ini merupakan salah satu program Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai dan memainkan peranan penting dalam memelihara kitab Allah SWT dan amal kebajikan kemanusiaan di banyak negara Arab dan Islam.

Beliau menambah: "Wanita penghafaz Al-Quran dari kira-kira 50 negara di seluruh dunia telah mengumumkan kesediaan mereka untuk menyertai acara Al-Quran yang hebat ini, dan jumlah ini akan meningkat pada hari-hari mendatang."

Para peserta akan tiba di UAE mulai tarikh 17, 18 dan 19 November, dan juri terdiri daripada hakim antarabangsa dari Arab Saudi, UAE, Republik Mesir, Indonesia dan Pakistan.

Beliau menyatakan: "Satu lagi jawatankuasa hakim telah ditubuhkan untuk mengadakan ujian awal kepada penghafal Al-Quran bagi memastikan mereka penghafal Quran dengan baik."

Mengenai masa pertandingan, Bomalhah berkata: "Pertandingan ini akan diadakan di Dewan Persidangan Kebudayaan dan Sains Dubai mulai jam 16:00 pada hari-hari tersebut, dengan mematuhi protokol kesihatan, dan juga akan disiarkan melalui rangkaian satelit Noor Dubai dan saluran YouTube Anugerah Antarabangsa Dubai.

4013702

 

 

 

 

captcha