IQNA

Kritikan pelajar Uzbek yang buta terhadap Al-Quran Braille Mesir

7:04 - February 03, 2022
Berita ID: 3100724
TEHRAN (IQNA) - Seorang pelajar Uzbekistan OKU penglihatan menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kaherah di Mesir mengkritik Al-Quran Braille Al-Azhar.

Laporan IQNA, memetik elbalad; Abed Janov, seorang pelajar Uzbekistan di Universiti Al-Azhar, berkata; "Ketika melawat Pesta Buku Kaherah, Al-Quran Braille cetakan Al-Azhar untuk memudahkan bacaan Al-Quran oleh orang buta Ia perhatikan dan kagum dengan idea tersebut."

“Saya membaca beberapa helaian Al-Quran Braille di pesta buku itu, tetapi terdapat beberapa pertimbangan (kritikan) antaranya tiada tanda wakaf dalam Al-Quran Braille Al-Azhar ini, yang mungkin menyukarkan orang buta untuk membaca Al-Quran, kerana mereka tidak dapat mencari kedudukan wakaf dan permulaan dalam Al-Quran ini" kata pelajar Uzbek itu.

Beliau menambah: "Orang buta mahu dalam Al-Quran Braille diletakkan tanda wakaf dan permulaan ayat, bagi memudahkan bacaan Al-Quran dalam Mus'haf ini."

Pelajar Uzbekistan itu menyambung: "Tidak ada tanda Sabdu dalam Al-Quran ini. Selain itu, dalam versi Al-Quran ini, beberapa halaman dinomborkan dalam Braille, tetapi tidak semua halaman seperti ini. Justeru, saya berharap agar bantahan ini dapat diperbetulkan agar orang buta mudah menggunakan Al-Quran ini."

Maa sya Allah; Buta Mata kepala, tetapi Terang Mata Hati!

4033282

captcha