IQNA

Larangan berhijab: Provokasi mampu cetus kemarahan umat Islam sedunia

13:58 - February 15, 2022
Berita ID: 3100773
TEHRAN (IQNA) - Larangan berhijab di beberapa institusi pendidikan di selatan India terhadap pelajar Islam adalah sesuatu yang keterlaluan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Senator Nuridah Mohd Salleh, berkata larangan itu boleh dianggap sebagai satu provokasi untuk mencetuskan kemarahan umat Islam dunia.

Katanya, beliau mendakwa sedemikian kerana yakin tudung atau hijab adalah pakaian biasa yang digunakan oleh perempuan Islam dan diketahui oleh masyarakat umum.

“Kenapa mereka perlu marah dan mmpersendakan pakaian hijab tersebut yang tidak pun menyakitkan atau menzalimi sesiapa pun?

“Dengan berpakaian hijab tersebut ia lebih sopan dan terhormat.

Kami amat bersimpati dengan pelajar-pelajar muslimat tersebut, semoga (mereka) tetap brsabar dan terus kuat mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka,” katanya ketika dihubungi Harakah, pada Selasa.

Isu ini bermula apabila sebuah sekolah yang dikendalikan kerajaan di daerah Udupi, Karnataka melarang pelajar yang memakai tudung daripada memasuki bilik darjah, sekaligus mencetuskan protes di luar pintu pagar sekolah.

Selepas daripada itu, lebih banyak sekolah di negeri itu menguatkuasakan larangan yang sama sehingga memaksa Mahkamah Tinggi negeri tersebut campur tangan.

Di India yang majoriti beragama Hindu, umat Islam membentuk kira-kira 14 peratus daripada hampir 1.4 bilion penduduk negara itu.

Bagaimanapun, tudung tidak diharamkan atau dihadkan di tempat awam dan merupakan satu pemandangan yang biasa.

harakahdaily

captcha